Skip to main content

Menyifatkan Tun Mahathir Sebagai Anti Yahudi, Dr Strange' Tamatkan Kerjasama Dengan Mokhzani


Pelakon yang membawa watak utama sebagai Doktor Strange dikatakan memutuskan hubungannya dengan salah seorang pengarah syarikat penerbitan filemnya ekoran kenyataan anti-Yahudi dibuat Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Daily Mail, Benedict Cumberbatch, enggan meneruskan kerjasama dengan Mokhzani Mahathir selepas anak perdana menteri itu membuat pelaburan bernilai £1 juta (RM5.4 juta) melalui syarikatnya, Kencana Capital.

Penulis artikel itu, Sebastian Shakespeare, mendakwa Cumberbatch yang memiliki syarikat Sunny March Holdings mengambil tindakan tersebut agar tidak dikaitkan lagi dengan sebarang kenyataan anti-Yahudi.

“Sebagai syarikat, kami sudah memulakan proses memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Mokhzani supaya beliau tidak lagi terlibat dengan Sunny March,” katanya.

Shakespeare juga mendakwa aktor yang mula dikenali menerusi siri Sherlock itu berkata, dia berasa “terkejut dan kecewa” selepas mengetahui kenyataan anti-Yahudi Mahathir yang disifatkannya jijik dan tidak boleh diterima.

“Syarikat kami tidak pernah berurusan dengan Mahathir tetapi hubungan kami berlaku dengan anak lelakinya, Mokhzani,” katanya.

Mahathir seorang tokoh yang dikenali di seluruh dunia kerana lantang menyatakan pendirian yang sering mengecam Yahudi. Pada masa sama beliau tekal memberikan sokongan kepada Palestin.

Mokhazani menjadi pemilik tunggal syarikat pelaburan Kencana Capital selepas berpisah dengan rakan kongsinya Yeow Kheng Chew pada Oktober 2016 melalui penstrukturan semula syarikat berkenaan.

Urusan perniagannya sentiasa jadi tumpuan dan diragukan banyak pihak kerana didakwa mendapat manfaat kerana statusnya sebagai anak perdana menteri. - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut