Isteri Dakwa Suami Paksa Manari Dihadapan Rakan, Tapi Video Isteri Menari Bersama Lelaki Lain Pulak Tersebar.


Seorang lelaki di Pakistan ditahan selepas didakwa memukul isterinya dan turut membotakkan kepalanya hanya kerana mangsa enggan menari untuk rakannya.

Perbuatan Mian Faisal terbongkar selepas wanita dikenali sebagai Asma Aziz dari Lahore itu bertindak mendedahkan perkara itu menerusi media sosial dan turut merayu bantuan orang ramai.

"Mereka bertindak membogelkan saya dan mencukur rambut saya. Dia kemudiannya memukul saya menggunakan paip besi. Suami saya juga mengancam untuk menggantung saya pada kipas dalam keadaan bogel," katanya sambil menangis menerusi video dimuat naik pada Rabu lalu.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, suaminya sering menjemput rakan-rakannya berparti di rumah mereka dan tingkah laku suaminya yang penyayang ketika awal perkahwinan kira-kira empat tahun lalu berubah selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, dia cuba membuat laporan di balai polis, namun pihak berkuasa enggan menerima kes itu kerana wanita terbabit tidak dapat memberi rasuah kepada mereka.

"Mereka juga enggan mendapatkan akses rawatan perubatan kepada saya," ujarnya lagi.

Selepas video itu menjadi tular, Menteri Hak Asasi Manusia, Shireen Mazari menerusi Twitter telah mengarahkan penahanan suami Asma dan pekerjanya, Rashid Ali.

Apa yang megejutkan netizen apabila sebuah lagi video memaparkan Asma Aziz sedang menari menghairahkan didalam sebuah van beramai-ramai seperti seorang pelacur.

Membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada laporan yang dibuat terhadap suaminya benar atau palsu.