Skip to main content

'Kami Dipaksa Makan Daging Babi'


HONG KONG - Orang Islam yang ditahan di 'kem pendidikan semula' di China dilarang solat dan dipaksa makan babi selain dilarang menyimpan janggut.

Pendedahan itu dibuat bekas tahanan, Omir Bekali yang mendakwa tindakan ke atas etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang itu bertujuan untuk mengurangkan kepercayaan agama mereka.

"Mereka memanggil kami 'pelajar' dan dipaksa beratur menghadap dinding dan menyanyikan lagu kebangsaan selama 30 minit pada setiap pagi. Saya tidak mahu ikut arahan mereka, namun terpaksa kerana sudah lali. Walaupun selepas setahun, ia masih terngiang-ngiang dalam kepala saya," katanya.

Bekali dilahirkan di Xinjiang dan berpindah ke Kazakhstan atas urusan kerja pada 2006.

Menurutnya, dia ditahan apabila kembali ke wilayah itu pada Mac 2017 dan dipenjarakan atas dakwaan membiayai keganasan.

Selepas tujuh bulan, dia dipindahkan ke 'kem pendidikan semula' di Karamay di mana dia turut dirantai.

"Setiap Jumaat, tahanan akan dipaksa makan daging babi dan kami dilarang solat atau menyimpan janggut yang didakwa sebagai simbol ekstremisme. Satu-satunya bahasa yang dibenarkan di kem itu adalah bahasa cina.

"Apabila saya enggan mengikut arahan mereka, saya akan dipaksa berdiri selama lima jam sebelum ditempatkan dalam kurungan seorang diri dan tidak diberi makan selama 24 jam," ujarnya.

Jelasnya lagi, tekanan psikologi yang dihadapi mereka adalah sangat besar dan hampir memakan dirinya sendiri.

"Hidup saya berada dalam tekanan, tidak boleh tidur dan otak saya terus menerus berfikir tanpa henti," katanya dalam temubual berasingan pada tahun lalu.

Lebih sejuta etnik Uighur ditahan di kem terbabit di wilayah Xinjiang yang didakwa oleh Beijing kononnya sebagai langkah untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Kebimbangan negara antarabangsa terhadap keadaan di pusat kemudahan itu menyebabkan Sweden pada Khamis lalu mengumumkan ia akan memberikan status pelarian kepada pencari suaka Uighur.

Awal minggu lalu, China bertindak balas dengan mengeluarkan laporan panjang tentang penahanan 13,000 pengganas selain menumpaskan ratusan 'geng pengganas' di Xinjiang.

Sehingga kini, Beijing menggelar kem itu sebagai 'asrama'. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...