Skip to main content

Tipu Keluarga Sendiri Dakwa Suami Kena Culik


‘DRAMA’ suami isteri kononnya suami diculik sebelum wang tebusan ratusan ribu ringgit diminta sebenarnya helah mengikis wang keluarga sendiri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, helah itu terbongkar apabila pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima laporan lelaki berusia 32 tahun berasal dari Singapura itu diculik sekumpulan lelaki.

Menurutnya, pada 8 Mac lalu polis menerima laporan daripada keluarga lelaki berkenaan menyatakan isteri warga Indonesia menghubungi mereka mendakwa suaminya dilarikan sekumpulan lelaki di sekitar Taman Setia Indah, namun tarikh kejadian tidak didedahkan.

Beliau berkata, suspek didakwa meminta wang pemerasan dan keluarga wanita yang tinggal di Indonesia dikatakan sudah membayar RM670,000.

Menurutnya, keluarga lelaki itu membuat laporan selepas mangsa dikatakan tidak dibebaskan walaupun wang sudah dibayar.

"Jabatan Siasatan Jenayah Johor menjalankan siasatan terhadap kejadian itu dan pada 21 Mac lalu, suspek dikatakan menghubungi isteri mangsa dan meminta wang sebanyak RM400,000.

"Hasil siasatan pada 21 Mac itu, polis menyerbu rumah pangsa di sekitar Stulang dan berjaya menyelamatkan mangsa serta menahan lima lelaki dan seorang perempuan.

"Susulan penahanan itu, enam lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Kluang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, 12 orang berusia antara 20 hingga 49 tahun ditahan.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah manakala sembilan suspek lain mempunyai rekod jenayah lampau.

"Hasil siasatan mendedahkan rancangan melarikan mangsa dan memeras wang dari ahli keluarga didalangi suami isteri berkenaan.

"Ia bertujuan mendapatkan wang dari keluarga dan ujian saringan air kencing 'mangsa' yang juga suami kepada wanita itu mendapati dia positif dadah.

"Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan dan kami dapati tiada rekod kemasukannya secara sah ke negara ini daripada Singapura," katanya.

Mohd Khalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1954/63.

"Kami juga meminta kerjasama Interpol Indonesia untuk mengesan isteri lelaki berkenaan bagi membantu siasatan," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...