Powered by Blogger.

Saturday, March 23, 2019

Pendatang Yahudi Menyerang Rumah Penduduk Palestin



Sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerang beberapa rumah penduduk Palestin di Hebron, lewat malam kelmarin.

Penduduk tempatan memberitahu, pendatang terbabit datang dari penempatan Kirya Arba dan mereka membaling batu ke arah rumah serta kenderaan Palestin di kawasan Wadi Al-Hasim.

Lebih mendukacitakan, kehadiran pelampau terbabit turut diiringi pasukan keselamatan Israel.

Awal bulan ini, rejim Zionis bertindak menutup kawasan tersebut yang terletak tidak jauh dari Masjid Ibrahimi. - Sinar Harian