Ibu Terkejut Guru Ajar Anak Gadisnya Berusia 15 Tahun Hubungan Suami Isteri.


England - Seorang guru yang mengajar subjek matapelajaran Geografi dijatuhkan hukuman penjara 36 minggu selepas cuba menghasut seorang pelajarnya berusia 15 tahun untuk melakukan seks dengannya serta menghantarkan gambar lucah kepada pelajar tersebut.

Guru tersebut Mark Hannah, 41 tahun mengajar di sekolah swasta berasrama penuh Rossall Independent School di Lancashire, England dan menerima gaji sebanyak RM62,807 manakala mangsa merupakan pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Hannah dikatakan telah berbalas beberapa mesej dengan pelajar tersebut di Instagram selepas pelajar tersebut meminta untuk menyertai kelabnya selepas sekolah.

Walau bagaimanapun selepas sebulan, Hannah telah memberitahu kepada pelajar tersebut bahawa dia telah lama menyukainya dan ingin membawanya keluar untuk makan serta berjalan bersama-sama.

Melalui salah satu mesej Hannah memberitahu bahawa " Saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia jika dapat berhenti menyembunyikan perasaan dan sanggup berhenti kerja."

Hannah ditangkap selepas pelajar tersebut telah berkongsikan beberapa mesej bersama dengan teman sekelasnya sehingga menyebabkan perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan ibu pelajar berkenaan.

Siasatan mendapati bahawa ini bukanlah kali pertama Hannah melakukan perkara tersebut malah sebelum ini ketika berusia 33 tahun dia juga ada mengambil gambar-gambar yang tidak senonoh terhadap seorang remaja berusia 17 tahun.

Di Mahkamah Preston, Hannah yang berasal dari Birchington, Kent mengaku bersalah atas kesalahan menghasut gadis bawah umur ke dalam aktiviti seksual serta membuat imej tidak senonoh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 36 minggu atas kesalahannya itu.

Menurut pihak pendakwa, Paul Cumming memberitahu bahawa terdakwa merupakan seorang guru geografi manakala mangsa merupakan pelajar sekolah berusia 15 tahun.

"Perkenalan tersebut terjalin selepas murid tersebut menghantar mesej e-mel untuk memasuki kelabnya dan terdakwa membalas mesej sehinggalah berlaku pertukaran e-mel antara mereka.

Mereka kemudiannya mula berkomunikasi melalui Instagram dan semasa menghantar mesej ini ia menjadi jelas bahwa dia telah membuat komen yang tidak sepatutnya.

Pada masa yang sama juga dia turut ada bertanya adakah dia boleh memberikannya coklat tetapi kemudiannya dia memberitahunya bahawa dia kelihatan sangat cantik dan bagaimana dia menonjolkan kecantikannya itu.

Kemudian dia menyatakan bahawa dia ingin membawanya keluar makan serta berjalan. Pada ketika lain pula dia berkata ingin mandi bersamanya, mengikatnya dengan reben dan melakukan seks ke atasnya.

Tuduhan membuat imej tidak senonoh adalah tuduhan yang sama sekali berasingan. Seorang teman wanita yang terdahulu dari defendan membenarkannya untuk mengambil gambarnya.

Wanita yang terlibat pada masa itu berusia 17 tahun dan kemudiannya dihubungi oleh pihak polis di mana dia mengesahkan bahawa dia telah membenarkan gambarnya diambil secara sukarela pada masa itu iaitu pada tahun 2009 hingga 2010."

Manakala peguam bela Julie Taylor berkata bahawa anak guamnya itu sangat sedih dan dia telah menyatakan permohonan maaf kepada mangsa serta keluarga mangsa.

"Dia telah kehilangan pekerjaannya yang selama ini dia berusaha keras untuk mendapatkannya  dan pekerjaanya itu amat disayangi tetapi dia kini tidak akan dibenarkan sama sekali untuk mengajar semula kerana dia telah dihalang daripada melakukannya."

Hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap terdakwa Nicholas Barker memberitahu Hannah: "Anda mencetuskan seorang gadis dalam aktiviti seksual ketika berada dalam kedudukan kepercayaan - sebagai seorang guru. Anda akan dilatih tentang pentingnya menjaga anak-anak dan anda telah berada di sekolah itu untuk jangka masa panjang dan anda bukan lelaki muda.

"Anda matang dan, dalam penghakiman saya, mesti ditangani sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab. Kesan pelanggaran kepercayaan ini akan menjejaskan banyak pihak."
Hannah dijatuhkan hukuman penjara selama 28 minggu untuk kesalahan menjebak gadis bawah umur ke aktiviti seks dan lapan minggu lagi untuk memiliki imej yang tidak senonoh dari gadis berusia 17 tahun.

Hannah juga diperintahkan untuk mendaftar Daftar Pesalah Seks selama lima tahun dan mematuhi Perintah Pencegahan Seksual.-DailyMirror

Sekolah swasta berasrama penuh Rossall Independent School di Lancashire, England