Skip to main content

Wartawan Juga Dikasari Oleh Pemimpin Dan Penyokong Umno


Kumpulan prokebebasan akhbar, Gerakan Media Merdeka (Geramm) menyelar kekasaran yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Umno terhadap dua pelatih Malaysiakini petang semalam ketika program sembang santai bersama Najib Razak di Restoran Amjal, Petaling Jaya.

Menurut Geramm, serangan lisan dan fizikal terhadap wartawan bertugas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Lebih membimbangkan, kejadian itu melibatkan ahli politik lelaki terhadap wartawan perempuan, yang meminta ruang peribadinya dihormati, tetapi terus dihambur dengan makian,” kata Geramm dalam satu kenyataan.

Semalam, dua wartawan pelatih Malaysiakini berkata mereka diganggu pemimpin dan penyokong Umno ketika membuat liputan acara bekas perdana menteri Najib Razak di ibu negara hari ini.

Mariam Nizar dan Ramieza Wahid berkata mereka dilontarkan carutan dan kata-kata kesat seperti bodoh dan penipu.

Mariam berkata, dia turut diganggu Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Mutalif Abdul Rahim dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam yang tidak berpuas hati dengan laporan Malaysiakini berkaitan acara itu, sementara Ramieza berkata dia ditolak oleh penyokong Najib.

Laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis (IPD) daerah Petaling Jaya semalam.

Susulan kejadian tersebut, Geramm sekali lagi menggesa penubuhan Suruhanjaya Media Malaysia sebagai satu platfrom buat sesiapa yang mempunyai masalah dengan mana-mana agensi media untuk mencari jalan penyelesaian tanpa perlu menggunakan kekerasan.

“Kami tegaskan semua wartawan mempunyai hak untuk menjalankan tugas mereka tanpa dikasari, atau lebih teruk, diserang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“[...] Kami bersolidariti,” kata Geramm lagi. - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...