Skip to main content

Jadual Fattah Amin Padat Sampai Tahun Depan



Selepas melalui episod hitam mahligai perkahwinan bersama aktres popular dan usahawan tudung Nur Fazura berakhir, kelibat anak kelahiran Setiawangsa, Kuala Lumpur ini semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.

Diberi julukan “Duda Hot” oleh netizen, segala pergerakan dan aktiviti Fattah Amin, 34, diikut rapat dengan kemunculan pertama kalinya di TikTok pada pertengahan bulan ini turut mencetuskan fenomena, apabila meraih 100,000 tontonan dan memperoleh 44 juta tanda suka (likes) sepanjang tiga jam bersiaran.

Bagaimanapun, penampilan terkini aktor kacak tinggi lampai ini mencetuskan kebimbangan peminatnya apabila dilihat mengalami penurunan berat badan.

Menafikan kehilangan berat badan itu ada kaitan dengan episod duka yang dilaluinya, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini berkata keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak menentu dek kepadatan jadual kerja.

Biarpun begitu, pelakon filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah, memenuhi jadual kerja hingga Februari depan.

"Alhamdulillah, saya pun tidak sangka rezeki sangat murah… jadi, saya harus bersyukur untuk itu. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik agar tidak mengecewakan kepercayaan yang diberikan. Ya, (mungkin) nampak susut.

“Tapi tidak banyak pun…dalam dua ke tiga kilogram, mungkin sebab sibuk kerja, makan pun tak teratur sangat," katanya yang segak memakai tuksedo hitam bermotif abstrak ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024, Sabtu lepas.

Mengelak untuk menjadi tamak, hero bintang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini berkata tidak semua tawaran diterimanya kerana ada beberapa perkara yang dititikberatkan oleh beliau sebelum menerima pekerjaan yang ditawarkan, termasuk tidak mempromosikan produk hampir sama.

"Bukan semua (tawaran) saya terima. Saya akan lihat dan teliti dahulu dari segi jenama, latar belakang produk dan komitmen yang diminta, serta cuba elakkan produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu ada masalah timbul, kelak.

"Pihak pengurusan juga membantu dan sangat selektif tentang pemilihan produk sebelum bersetuju menerima mana-mana tawaran,” katanya.

Dalam pada itu, lepasan Universiti Utara Malaysia ini turut melahirkan rasa gembiranya dan bersyukur apabila dapat meluangkan masa bersama-sama puteri kesayangannya, Nur Fatima baru-baru ini.

"Dia (Fatima) gembira dapat jumpa daddy. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan mainan. Bawa dia jumpa dengan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, terubat kerinduan itu," katanya yang memuat naik pertemuan tersebut di media sosial miliknya.

Pada masa sama, pelakon Gerak Khas ini turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan luar biasa peminatnya.

"Bila sentiasa bercakap perkara positif, diri sendiri juga menerima kesannya. Bila doakan yang baik-baik terhadap orang, insya-Allah, saya juga akan dapat ganjarannya,” kata beliau.

Fattah dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Okt lepas, setelah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

- Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut