Powered by Blogger.

Friday, March 27, 2020

Bantuan Prihatin Nasional RM1,600 Berpendapatan RM4,000 Kebawah

Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas.

Perdana Menteri, berkata buat kali pertamanya juga ia akan disalurkan kepada kumpulan M40.

Ini katanya, termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Beliau mengumumkan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini. - Berita Harian Online