Gadis Maki Dan Doakan Anggota Polis Dijangkiti Covid-19 Tular

Kedah - Seorang wanita telah ditangkap berikutan melontarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis serta mendoakan agar seluruh anggota polis yang bertugas serta ahli keluarga mati disebabkan koronavirus (Covid-19).

Wanita yang menetap di Pendang, Kedah tersebut dikatakan telah memuat naik kenyataan berbaur makian serta doa yang tidak baik tersebut di laman media sosial Facebook miliknya iaitu Sahira Eyraa.

Wanita tersebut telah memuat naik kenyataan seperti berikut "sebb pa aku benci polis sbb polis tu bukan Allah dgn malaikat kalau Allah dgn malaikat tapa jugak...polis bahasa babi pukimk dia dah laa taksedar diri aku doakan covid 19 bagi semua anggota polis mati".

Walaubagaimapun wanita tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis selepas gambarnya telah tular di media sosial kerana kenyataan yang dianggap sebagai satu jenayah siber serta penghinaan terhadap anggota polis.