Skip to main content

Doktor Dan Bayinya Dikebumikan Dalam Satu Liang 😭😭😭

enazah seorang doktor bersama bayinya yang terkorban dalam kemalangan, hari ini, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, jam 9.55 malam tadi.

Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi berusia sembilan bulan, maut apabila van Jabatan Kesihatan yang dinaiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, pagi tadi.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu dibawa menggunakan van jenazah dengan diiringi kenderaan polis pada jam 8.35 malam ke kediaman mangsa di Jalan Sekolah Cina, di sini.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 9.20 malam dengan majlis pengebumian dihadiri 20 ahli keluarga terdekat saja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha wartawan BH untuk menghubungi suami arwah bagaimanapun gagal, setakat ini.

Selain mengorbankan Dr Nooranisah yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, dan bayinya, kemalangan kira-kira jam 9.50 pagi itu turut menyebabkan tujuh individu lain cedera.

Mereka ialah Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38; Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32; dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Semua kakitangan di Hospital Sultan Ismail Petra itu dilaporkan dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang bagi menjalankan tugas berkaitan rawatan COVID-19. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut