Powered by Blogger.

Sunday, March 29, 2020

Van Hospital Terbabas, Doktor Wanita Ini Dan bayinya Meninggal Dunia.. 😭😭

Seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya berusia sembilan bulan maut selepas van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala, Kampung Renok Baru, di Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 9.50 pagi itu, mangsa Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia di Hospital Gua Musang pada jam 11.02 pagi.

Kemalangan itu turut mencederakan tujuh individu lain iaitu Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri; 38, Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian. - Malaysiakini