Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu akan dibuat Rabu ini serentak dengan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita tahu sekarang ini ada pasar raya yang dibuka sehingga jam 10 malam dan ada dimaklumkan sehingga 12 tengah malam.
"Oleh itu, kita buat keputusan bahawa waktu beroperasi pasar raya, mana-mana premis makanan dan stesen minyak antara 8 pagi sehingga 8 malam," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini sebentar tadi. - Sinar Harian