Powered by Blogger.

Monday, March 30, 2020

Pelakon Hollywood "Finding Jesus" Dikuarantin Bersama Tabligh Di HKL

Pelakon Hollywood yang popular dengan drama bersiri Finding Jesus, Adam Bond kini masih menjalani proses kuarantin di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu.

Ditempatkan bersama pesakit tabligh di hospital itu, Adam memuji kehebatan petugas frontliner yang berjuang menyelamatkan nyawanya serta pesakit lain.

"Masih dikuarantin di wad isolasi HKL. Apa yang boleh dikatakan doktor dan jururawat di sini adalah legenda!

"Saya sangat berterima kasih kerana merekalah adiwira saya. Merawat dan melayan saya seperti di rumah sendiri.

"Saya tak tahu rupa sebenar mereka tetapi pujian diberikan kepada mereka yang menyelamatkan nyawa semua," tulis Adam yang berkongsi perkembangan semasa di Instagam dan Twitternya.

Adam difahamkan berkunjung ke Malaysia untuk penggambaran sebuah filem namun terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19.

Sementara itu, ramai yang mendoakan kesihatan Adam selain mengharapkan pelakon itu beroleh hidayah.

Adam antara lainnya pernah membintangi filem Legally Blonde, The Mummy, The Dark Knight dan National Treasure: Book of Secrets. - Astro Gempak