Skip to main content

Anak Tiga Tahun Hilang, Bapa Ditahan Polis Semula.


Kanak-kanak tiga tahun yang hilang selepas dihukum berdiri di luar rumah pada jam 3 pagi oleh ayahnya sendiri kembali ditahan polis kerana didakwa menukar keterangan asalnya.


Menurut laporan Astro AWANI, Bapa Sherin Matthews, kanak-kanak tiga tahun yang hilang selepas diarahkan berdiri di luar rumah pada jam 3 pagi kerana tidak menghabiskan susu, kembali ditahan polis kerana didakwa menukar keterangan asalnya.

Wesley Matthews didakwa memberi maklumat yang berbeza daripada keterangan asal yang dibuat, sebaik sahaja Sherin dilaporkan hilang, 7 Oktober lalu.

Dalam keterangan asalnya, Wesley memberitahu polis dia menyuruh Sherin, yang merupakan anak angkatnya, berdiri di tepi sebatang pokok yang terletak 30 meter dari rumah mereka di Dallas, Texas, pada jam 3 pagi.

Selepas 10 minit, dia kembali untuk mendapatkan Sherin namun mendapati kanak-kanak itu telah hilang.

The Washington Post melaporkan, pihak polis bagaimanapun tidak memaklumkan apakah kenyataan baru yang dibuat Wesley.

"Polis mendapati ada keraguan dalam kenyataan-kenyataan yang diberi Wesley, dan ada maklumat yang didapati bercanggah daripada maklumat asal," lapor portal berkenaan.

Wesley bakal didakwa dengan pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak, dan boleh dipenjarakan sehingga 99 tahun maksimum.

Wesley sebelum ini telah ditahan selepas kehilangan Sherin, namun dibebaskan dengan jaminan.

Pihak berkuasa pada Isnin memaklumkan telah menemui mayat seorang kanak-kanak, namun identitinya belum dapat dikenal pasti.

"Tapi kami yakin ia mayat Sherin kerana kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sebaliknya. Autopsi akan mendedahkan punca kematiannya," satu kenyataan polis menyebut.

Mayat itu ditemui dalam saluran pembetungan, kira-kira 1 kilometer dari tempat Sherin dilaporkan hilang.-Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...