12 Gambar: Lapan Maut Dua Bas Kilang Terlibat Kemalangan.

BUKIT MERTAJAM 24 Okt. - Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas pekerja terlibat kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan.

"Setakat ini dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya.

Dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan lapan mangsa dalam kejadian berhampiran Juru di sini awal pagi tadi ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, pemandu terbabit merupakan lelaki warga tempatan.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan selain ujian air kencing akan turut dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE