Skip to main content

Wanita Maut Dalam Keadaan Mengerikan Akibat Diragut.

MEDAN - Seorang wanita maut dalam keadaan yang mengerikan akibat daripada cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut oleh dua orang lelaki.

Mangsa yang dikenali sebagai Rara Sitta berusia 24 tahun bekerja sebagai pegawai bank dikatakan telah diragut oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.

Ketika kejadian dikatakan mangsa sedang menunggang motorsikal dan sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis waktu bekerja iaitu kira-kira pukul 7.30 malam.

Menurut keterangan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu bahawa kedua-dua lelaki itu sedang menunggang motorsikal dari arah yang sama dengan mangsa sebelum salah seorang dari mereka bertindak menarik beg tangan milik mangsa yang juga sedang menunggang motor.

Akibat daripada perbuatan peragut berkenaan, Rara dikatakan cuba melawan peragut tersebut sehingga menyebabkan dia hilang kawalan sebelum terjatuh dan diseret sejauh 7 meter oleh sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan.

Kereta terbabit dikatakan tidak sempat mengelak mangsa yang jatuh secara mengejut di hadapan keretanya menyebabkan bahagian kepala mangsa digilis serta terseret sejauh 7 meter.

Mangsa yang merupakan ibu beranak satu mengalami kecederaan yang parah di seluruh muka dan kepala akibat kejadian tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dimaklumkan pada malam tersebut dia sengaja balik awal ke rumah bagi menyambut hari ulang tahun anaknya yang berusia setahun serta sekaligus menyambut kedatangan suaminya yang bekerja di Jakarta.

"Kami merancang untuk menyambut hari jadi anak kami esok malah kami juga sudah 3 bulan tidak bertemu semenjak saya ditugaskan bekerja di Jakarta".

"Tak sangka hari esok yang sepatutnya bahagia bertukar menjadi hari yang paling sedih dalam hidup saya," kata suaminya.

Namun begitu, suami mangsa sempat memberitahu bahawa dua hari sebelum kejadian tersebut dia telah pun melihat keadaan isterinya itu dengan muka yang berlumuran darah sedang melambaikan tangan beberapa kali sebelum bayangannya hilang ketika di dalam mimpi yang datang secara berturut-turut.

Menurut suaminya lagi, antara petanda sebelum isterinya itu menemui ajal ialah isterinya itu sempat menelefon dirinya beberapa jam sebelum kejadian bagi memohon maaf kepadanya serta sempat berpesan kepadanya supaya menjaga anak mereka dengan baik.

Suami mangsa langsung tidak menyangka bahawa panggilan daripada isterinya itu merupakan petanda bahawa ajal isterinya itu sudah dekat.

Manakala pihak polis Medan masih lagi memburu kedua-dua suspek yang melarikan diri selepas melakukan perbuatan ragut terbabit yang mengakibatkan kematian mangsa bagi membantu siasatan.



Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut