Skip to main content

6 Gambar: Gadis Berusia 13 Tahun Tidak Bangun Dari Tidur Selama 13 Hari


BANJARMASIN: Bagaikan cerita dongeng Sleeping Beauty, kisah gadis berusia 13 tahun ini yang dikatakan telah tidur selama 13 hari dan mrmbuat keluarganya risau hingga mencetuskan persoalan tentang penyakitnya itu.

Menurut laporan Astro AWANI, gadis dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia meresahkan keluarganya kerana telah tidur selama 13 hari.

Siti Raisa Miranda yang berusia 13 tahun digegaskan ke sebuah hospital tempatan pagi kelmarin setelah mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar saraf dan psikiatri dari pusat kesihatan masyarakat setempat, lapor portal berita Kompas.

Menurut bapanya, Mulyadi, anaknya itu mula tidur tanpa henti pada 11 Oktober lalu selepas Siti Raisa selesai menyertai pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober lalu.

Dalam keadaan itu, Siti Raisa dikatakan tertidur dalam posisi terlentang di atas tilam dan tiada pergerakan langsung mahupun bersuara.

"Sebelum ini, anak saya pernah tidur tanpa henti bermula dari tujuh atau lapan hari sehinggalah pernah hampir dua minggu.

Dalam perkembangan berkaitan, Siti Raisa dikatakan masih lagi berada keadaan lemah dan tiada perubahan ketara sejak hari itu.

Mulyadi menjangkakan kemungkinan anakya terkena sindrom Kleine-Levin iaitu masalah gangguan tidur.

"Berkomunikasi pun tiada. Paling kuat dia hanya mengangguk jika ditanya.

"Bagaimanapun, Siti Raisa dikatakan mampu untuk mengunyah dan minum ketika diberi makanan sambil matanya terpejam," ujarnya.

Menurut keluarga dan jiran-jiran yang menziarahi Siti Raisa, gadis itu terus tidur nyenyak dan sesekali berubah posisi. Dia adakalanya kelihatan seolah-olah sudah terjaga dengan mata yang terbuka namun tidak memberi respons yang aktif.

Cerita gadis tidur ini sudah tersebar luas media sosial seluruh Indonesia selepas bapanya memuat naik gambar di Facebook. Gambar-gambar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang turut berasa simpati terhadap penyakit Siti Raisa.

"Rawatan masih lagi dijalankan, bagaimanapun doktor masih belum lagi mengenal pasti penyakit yang dialami anak saya," katanya.

Dia kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan bagi pemeriksaan lanjut. - Astro AWANI






Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...