Skip to main content

Hina Nabi Muhammad, Suri Rumah Ini Didenda RM2,000


Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Peguam Nurul Fitriza Abd Latif yang mewakili Fadilah memohon hukuman bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kemurungan dan autism spectrum disorder.

"Menurut laporan perubatan forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati mempunyai gejala penyakit autism spectrum disorder sejak kecil, iaitu terdapat permasalahan berterusan dalam fungsi komunikasi sosial dan interaksi sosial serta mempunyai corak tingkah laku dan minat yang terhad dan berulang-ulang.

"Anak guam saya juga mengalami gejala kemurungan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang yang mana OKS mempunyai perasaan sedih, sukar untuk tidur dan gemar mengasingkan diri. OKS juga ada menerima rawatan susulan di Klinik Psikiatri di Hospital Kajang sebagai pesakit luar hingga kini," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syahieza Md Hadzaid bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan masyarakat supaya lebih berhati-hati serta sensitif dengan status di media sosial.

"Mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. OKS didapati sihat untuk menjalani perbicaraan dan secara sedar semasa melakukan posting itu. Oleh itu, hukuman bon berkelakuan baik adalah tidak mencukupi," katanya.- BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...