Powered by Blogger.

Monday, October 29, 2018

Sinead O’Connor Anuti Agama Hindu Selepas Dapat Tahu Islam Tidak Boleh Minum Arak.




    KUALA LUMPUR – Hanya beberapa hari memeluk agama Islam, penyanyi yang berasal dari Dublin, Ireland, Sinead O’Connor mengubah fikiran apabila memilih untuk menjadi penganut agama Hindu pula.

    Memetik laporan Ireland on Craic.com, O’Connor, dia pada mulanya merasakan Islam adalah agama yang sesuai untuk dirinya tetapi tiba-tiba mengubah fikiran selepas mendapati umat Islam tidak dibenarkan minum minuman keras.

    “Anda tahukah mereka (merujuk kepada umat Islam) tidak minum arak? Kenapa tidak ada seorang pun yang memberitahu saya perkara ini? Walaupun saya mempunyai masalah kesihatan mental tetapi saya merasakan masih belum gila,” katanya.

    Mengulas perkara itu, Imam Ali Mustafi dari Pusat Islam Dublin berkata, Islam tidak kejam untuk menghukum mereka yang murtad dengan hukuman mati.

    “Rasanya agama Islam tidak sesuai dengan dia (O’Connor). Kita ucapkan selamat maju jaya kepada dia dalam memilih agama anutan seterusnya.

    “Tidak ada rasa kecil hati atau mahu menyinggung perasaan, apabila dia mati kelak, neraka jahanam adalah tempat untuknya. Dia boleh kembali bersama syaitan, itu hak dia. Macam yang saya ungkapkan tadi, tidak perlu tersinggung dengan kata-kata saya,” kata Imam Ali Bin Mustafi dalam nada sinis. – UTUSAN ONLINE