Skip to main content

'Kahwin Dalam Muzik Video Pun Jadilah'


“INI bukan majlis perkahwinan saya. Ia hanya penggambaran muzik video lagu Dan Ketika Itu iaitu lagu untuk majlis nikah yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini namun dibatalkan,” kata pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengenai gambar persiapan majlis kahwin yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Gambar dan keterangan yang dimuat naik seolah-olah memberi gambaran bekas penyampai radio itu bakal bernikah pagi hari ini.

Bagaimanapun, Zulin, 28, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz ketika dihubungi menafikan ia gimik kerana pembatalan perkahwinan sudah dijelaskan sebelum ini.

“Lagu ini sudah lama disiapkan dan sepatutnya menjadi kejutan pada hari bahagia saya, namun bukan jodoh saya apabila segala dirancang punah dan impian untuk bergelar raja sehari tidak kesampaian.

“Alang-alang lagu sudah ada, jadi saya ambil keputusan untuk siapkan muzik video. Menerusi muzik video ini, saya realisasikan segala impian sebelum ini. Tak dapat kahwin betul, kahwin dalam muzik video pun jadilah.

“Jalan cerita memaparkan pengalaman saya dan diselitkan mesej positif. Saya berharap peminat dan orang ramai tidak salah faham. Ini kerana, saya sudah jelaskan perkahwinan ini memang sudah dibatalkan,” katanya kepada Harian Metro.

Zulin berkata, pembikinan muzik video itu adalah coretan peribadinya yang sengaja diabadikan sebagai kenangan dalam bentuk visual.

“Sejujurnya, saya berasa sedih untuk menjayakan muzik video ini. Disebabkan itu, saya tidak panggil keluarga bersama hanya membabitkan rakan terdekat saja.

“Biarlah muzik video ini menjadi noktah atas apa yang berlaku. Saya tidak mahu ingat dan ungkit kisah yang sudah berlaku.

“Menerusi muzik video ini, saya ingin peminat dan orang ramai tahu selain boleh jadikan ia inspirasi untuk ‘move on’ dalam kehidupan,” katanya.

Dalam masa sama, Zulin berkata dia turut mengubah lirik lagu itu bagi disesuaikan dengan situasi sekarang.

“Lagu ini tidak akan diterbitkan sebagai single. Ia hanya boleh ditonton di saluran YouTube bermula 3 November ini.

“Saya juga ambil pendekatan ubah sedikit lirik pada bahagian korus iaitu ‘Dalam tahajud kau temukan aku dengan dirinya, ku harap jodohku selamanya’ ditukar kepada ‘Dalam tahajud ku minta padamu, temukan aku dengan jodohku’.

“Jadi, lagu ini boleh dipakai oleh orang lain yang senasib saya. Ini kerana, ramai yang mesej dan meluahkan perkara sama. Dalam erti kata lain, saya ingin lagu ini jadi inspirasi buat semua. Kalau apa yang diimpikan tidak menjadi, jangan terus putus asa atau lemah semangat. Banyakkan berdoa,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...