Skip to main content

Suami Perdaya Isteri Jual Barang Curi


LELAKI di Kuala Nerus, dekat Kuala Terengganu, tergamak meninggalkan isteri dan anaknya berusia empat tahun selepas ‘tembelangnya’ menjual barangan curi kepada pelanggan terbongkar, baru-baru ini.

Pada kejadian itu, si isteri menghantar kamera DSLR model Canon 50D yang dipesan pembeli menerusi laman web berkenaan, sementara suaminya menunggu di dalam kereta di luar sebuah pasar raya.

Ketika itu, isteri membawa anaknya yang berusia empat tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai mencuri sebuah kamera berkenaan daripada sebuah kedai gambar.

Beliau berkata, memuat naik iklan di mudah.my.

Bagaimanapun, kamera itu dikesan sendiri oleh pemilik kedai yang melayari laman itu untuk membeli kamera baharu menggantikan kamera yang dicuri.

“Pemilik kedai kemudian ‘memancing’ penjual terbabit untuk bertemu dengan mahu membeli kamera berkenaan pada harga RM1,300.

“Dia kemudian ke sebuah pasar raya di Jalan Hiliran, sebelum didatangi seorang wanita yang membawa kamera DSLR berkenaan bersama anaknya.

“Bagaimanapun, dia kemudiannya menghubungi polis selepas yakin kamera itu miliknya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Suffian berkata, isteri suspek sempat menghubungi lelaki itu yang menunggu di dalam kereta, sekali gus memberi peluang kepadanya melarikan diri.

“Hasil soal siasat mendapati wanita terbabit adalah isteri suspek dan dia tidak mengetahui kamera yang dibawa adalah barangan yang dicuri suaminya,” katanya.

Suffian berkata, wanita itu kemudian direman empat hari bermula 22 Oktober lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan mencuri di dalam bangunan,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut