Aktres Eyka Farhana telah memuat naik sekeping gambar bersama pelakon Janna Nick.
Foto dengan aksi gurauan seakan mahu bercumbu itu dikongsi Eyka menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan kedua-dua aktres ini.
Ada juga netizen yang menyifatkan gaya mereka dalam gambar itu seakan-akan memaparkan budaya kekasih sesama jantina atau LGBT.
"Bergambar biar beradab.
"Macam lesbian.
"Tak patut bergambar macam tu, macam nak promote LGBT," tulis netizen.
Namun begitu, terdapat juga netizen yang tampil dengan pandangan positif mengatakan Eyka dan Janna tidak bercumbuan, gaya tersebut dilakukan hanya sekadar gurauan. - Astro Gempak