Powered by Blogger.

Tuesday, October 30, 2018

Rogol Anak Saudara Berusia 12 Tahun Di Kebun Durian, Pakcik Dihukum Penjara


KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu setelah mengaku bersalah merogol anak saudaranya, empat tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan berkenaan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang berumur 12 tahun 8 bulan ketika kejadian.

Tertuduh yang juga bapa kepada tujuh anak itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah kosong dalam kebun durian di Jerteh, Besut pada 13 Mei 2014, kira-kira jam 5.30 petang sehingga enam petang.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Astro AWANI