Skip to main content

Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Hilang, Remaja Ini Dicari.


Bachok, Kelantan - Pihak polis sedang cuba mengesan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu kes kehilangan pelajar perempuan yang berusia 15 tahun.

Pelajar perempuan yang hilang tersebut dikatakan berasal dari Kampung Hujung Repek, dekat sini sejak 26 April lalu sehingga kini masih tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, remaja lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Edry Farhan Suding beralamat Kampung Gelang Gelonggong, Beris Lalang, Bachok dicari bagi membantu siasatan.

Remaja perempuan terbabit dikatakan telah hilang dari rumah keluarganya sejak hari kejadian kira-kira pukul 1.30 petang dan sehingga kini masih belum lagi dijumpai.

“Polis sudah menjejaki remaja lelaki ini namun gagal ditemukan. Mohd. Adry perlu tampil memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyelesaikan segera kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, dekat sini, hari ini.

Nik Aminudin memberitahu bahawa remaja perempuan itu sedang belajar dalam tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah di jajahan ini.

Katanya, orang ramai yang menemui kedua-dua remaja ini diminta menghubungi Inspektor Nazri Mohamad di talian 016555576 atau 09-7788222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Kesiksaan bagi kes penculikan dari penjagaan yang sah kepada perempuan 16 tahun ke bawah. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut