Kumpulan Culik Dan Rogol 6 Pelancong Wanita Diberkas

Enam lelaki warga China yang mendalangi kes culik dan rogol enam pelancong wanita di Filipina akhirnya diberkas polis kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan semasa sedang bersembunyi di sebuah rumah di bandar Bacoor, wilayah Cavite.

Polis berkata, beberapa bahan bukti seperti pita pelekat, pistol taser dan telefon bimbit turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Kata polis lagi, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa.

"Mangsa diculik berhampiran sebuah restoran di bandar Pasay minggu lalu. Insiden itu turut dirakam kamera CCTV.

"Suspek meminta wang tebusan sebanyak 700,00 Peso (RM57,179) jika mahu mangsa dilepaskan.

"Namun, penjenayah terbabit tidak menunaikan janji mereka selepas menerima wang terbabit," katanya. - Sinar Harian