Skip to main content

'Ku Titip Doa Buat Mu'


Johor – penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kluang bakal mendirikan rumag tangga bersama tunangnya pada penghujung tahun depan selepas mereka bertunang.
  
Siti Nurfadhilah Mohd Hashim, 22, berkata, kali terakhir dia bertemu Muhammad Yusmadi Mohd Nizam, 25, pada Sabtu lalu ketika keluar makan bersama.

“Ketika itu, Arwah banyak membincangkan soal merancang membina keluarga bahagia selepas berkahwin kelak.

“Keadaan itu membuatkan dirinya rasa curiga kerana sepanjang tempoh pertunangan, lelaki itu seorang yang pendiam dan tidak pernah membincangkan tentang perkahwinan.

“Dia juga meminta saya mengambil gambarnya banyak-banyak dan minta disimpan baik-baik untuk melepaskan rindu sekiranya tinggal berjauhan, namun tidak menyangka semua itu petanda dia meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

“Semua telatahnya ketika bertunang akan dijadikan kenangan abadi hubungan kami dan hanya doa mampu dikirimkan sebagai tanda sayang kepadanya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mohd Amin, Simpang Renggam.
  
Ayah kepada arwar, Mohd Nizam berkata, berita malang yang menimpa anaknya diterima ketika menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan belia tidak jauh dari kediamannya di Kampung Baru, Simpang Renggam.

“Sebelum kejadian itu anak sulung daripada enam adik beradik itu menghantar mesin rumput ke rumah datuknya di kampung sama seterusnya makan nasi kerana dipercayai terlalu lapar sebaik pulang dari bekerja sebagai tukang elektrik.

“Selepas itu, dia ke rumah kawannya untuk keluar beriadah tetapi dia ke Pekan Machap terlebih dahulu untuk membeli juadah petang sebagai kudapan sambil bersembang dengan rakan-rakannya.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila dimaklumkan berita malang itu kerana sebelum kemalangan berlaku mereka turut berbual mesra sambil membincangkan perancangan majlis perkhawinan dia nanti," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, kejadian sebuah moto tidak sempat mengelak kenderaan yang membuat pusingan U secara tiba-tiba, yang menimpa Muhammad Yusmadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, hasil daripada siasatan mendapati kemalangan ini berlaku ketika mangsa menunggang Yamaha 125Z secara berseorangan dari Pekan Machap.

“Ketika sampai di tempat kejadian, MPV yang dipandu warga emas membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian tengah kenderaan itu.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di badan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang datang untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus kejadian berlaku," katanya – Sumber: Harian Metro, Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...