Mufti Wilayah Memberi Nasihat Kepada Pelakon Iqram Dinzly


WILAYAH PERSEKUTUAN – Nasihat Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada pelakon Iqram Dinzly yang dimuatnaik dalam Facebook (FB) beliau hari ini. Dekati al-Quran dan berzikir, itulah di antara isi kandungannya.

Dr Zulkifli turut menjemput Iqram hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain, serta berbincang berkenaan situasi dan keadaan pelakon terbabit.

Selain itu,Dr Zulkifli berkata, hanya dengan mengingati Allah SWT dengan mendekati al-Quran dan berzikir, jiwa akan menjadi tenang.

"Mungkin ada usaha tertentu yang boleh kami bantu dan memberi sokongan. Turut juga boleh menghubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri," katanya.

Dr Zulkifli berkata, pihaknya juga maklum mengenai kehidupan pelakon berkenaan dalam media sosial, selain mengucapkan takziah di atas pemergian bapa Iqram, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

"Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang di kasihi.

"Berkenaan hal yang menjadi viral di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar," katanya dalam surat berkenaan.

Namun, pada masa sama, Dr Zulkifli berkata, pihaknya turut maklum mengenai cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen-netizen terhadapnya.

"Nasihat kami, cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada beliau.

"Semoga Allah memberikan ketabahan kepada beliau dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin," katanya.

Media sebelum ini melaporkan perlakuan Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dikatakan kian pelik oleh netizen ketika live di akaun Instagram miliknya.

Bapanya meninggal dunia pada 10 Oktober lalu kerana diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.


Perangai pelik Iqram mula di perkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram pemiliknya, termasuklah gambar-gambar bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.  Sumber :Harian Metro – Editor :Amylea Nazrul