Pengecas Telefon Punca Kebakaran


SHAH ALAM - Seorang lelaki mengalami nasib malang selepas pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen, 15.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa dikatakan sedang mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik, kata Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria.

Mangsa kemudiannya melihat percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan tersebut terkena pada tilam.

"Percikan tersebut telah menyambar tilam mangsa dan dia cuba untuk memadamkan api itu namun tidak berjaya kerana bahan tilam mudah terbakar.

"Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak manakala punca kebakaran dipercayai dari litar pintas," katanya.

Pihaknya juga mengambil masa selama kira-kira 25 minit bagi memastikan api tersebut padam spenuhnya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin.

Kebakaran tersebut telah membabitkan beberapa kawasan antaranya ruang tamu serta bilik, katanya.

Katanya lagi, "pihak bomba juga turut melakukan pemantauan selepas api dipadam kerana mahu memastikan tiada nyalaan semula." Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha