Powered by Blogger.

Wednesday, June 20, 2018

Video: Pemandu Vellfire Samseng Jalanan.


Hari lebaran ini dicemari lagi dengan satu lagi video yang tular di media sosial mengenai seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan yang membuli pengguna jalan raya yang lain.

Video yang berdurasi satu minit 20 saat tersebut telah dirakamkan oleh isteri pemandu kereta yang mendakwa dirinya telah dianiayai oleh pemandu kereta jenis Vellfire tersebut yang tidak memberikan laluan kepadanya untuk memotong kenderaannya.

Malah menerusi video tersebut dapat di lihat terdapat dua kenderaan yang masing-masing cuba menghimpit kereta pemandu berkenaan daripada memotong kenderaan mereka yang dianggap boleh membahayakan nyawa mereka sekeluarga.

Individu yang di buli tersebut cuba untuk memberikan amaran kepada pemandu Vellfire berkenaan supaya memberikannya laluan jika tidak beliau akan menviralkan perbuatannya itu.

Namun pemandu Vellfire itu langsung tidak mengendahkan amaran pemandu berkenaan malah telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya dan turut memberitahu bahawa dia tidak kisah jika dirinya di viralkan di media sosial.

Pemandu Vellfire berkenaan dilihat terus-terusan memaki hamun pemandu berkenaan sambil tidak membenarkannya memotong keretanya.

Tindakan pemandu Vellfire terbabit di anggap amat tidak rasional kerana jalan raya bukanlah satu tempat untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing dan beliau dianggap sebagai samseng jalanan yang membuli orang yang lebih lemah dari mereka. - Online News