Skip to main content

Pegawai Polis Diserang Di Depan Rumah

KLANG: Seorang pegawai dan jiran diserang sekumpulan lelaki ketika keluar rumah memeriksa satu kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya di aman Sri Andalas di sini malam tadi.

Menurut laporan Berita Harian Online, pegawai polis itu terpaksa melepaskan tembakan amaran apabila sekumpulan lelaki menyerangnya serta beberapa jiran.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beberapa jiran keluar dari rumah masing-masing selepas terdengar bunyi pelanggaran berdekatan taman rekreasi kawasan perumahan itu.

"Selepas dengar bunyi yang kuat, jiran-jiran keluar termasuk seorang pegawai polis dan mendapati sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki dan wanita melanggar sebuah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan.

"Saya dimaklumkan oleh jiran bahawa keadaan pada awalnya tenang sahaja tambahan pula pemilik kenderaan yang dilanggar itu tiada di rumah kerana pulang ke kampung," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan menjadi tegang apabila tiba-tiba sekumpulan lelaki datang dan memukul pegawai polis serta jiran yang berada di tempat kejadian sehingga pegawai berkenaan terpaksa melepaskan tembakan amaran.

"Saya percaya kumpulan lelaki itu adalah kawan kepada pasangan berkenaan kerana sebelum itu mereka mendakwa menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan berdekatan kawasan berkenaan. Secara kebetulan, mereka turut memakai baju T yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata empat lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata dalam kejadian jam 9.45 malam itu, pegawai polis berkenaan terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila diserang suspek dan kesemua suspek melarikan diri serta turut melanggar pengadu dan jirannya.

Pengadu dan jirannya cedera di kepala, tangan serta pinggang.

Katanya, polis mendapatkan perintah reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 November ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 307 Kanun Keseksaan iaitu berhimpun dan merusuh menggunakan senjata dan cubaan membunuh. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...