Skip to main content

Elak Pasangan Beralih Arah Dan Mencari Cinta Yang Lain

Adakah anda merasakan yang pasangan semakin menjauh? Mari ketahui cara bagaimana untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia serta rasa sayang.

Antara perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. 

Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan pasangan kita mencari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita? 

Cara rumah tangga bahagia – Tip dan panduan untuk ibu ayah. Kami ada beberapa saranan yang boleh anda amalkan. Moga-moga, percintaan dalam rumah tangga anda sentiasa mekar dan utuh.

1. Letakkan pasangan sebagai nombor SATU

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain. Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. 

Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi. 

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa.

2. Buat pasangan rasa dihargai

Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari. 

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri. 

Ia menunjukkan secara jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya. Tidak percaya? Sila cuba ucap dan lihat betapa lebar senyumannya.

3. Jangan simpan perasaan dalam hati

Selalunya, apabila bergaduh, kita sering memendam rasa. Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan. 

Ya, itu mungkin penyelesaian jangka pendek. Tapi, ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Lambat laun, “perasaan” akan meletup jua. Pada masa itu, pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain. 

Berkomunikasilah secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham. Jika anda tahu cara bergaduh yang sihat, anda pasti dapat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Hati pun berasa lega, kan?

4. Jangan perkecilkan pasangan

Lagi satu cara rumah tangga bahagia adalah: jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamanya di depan anak-anak atau orang lain. 

Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.

Ini amat penting bagi memastikan setiap pasangan kekal hormat suami dan isteri masing-masing. Ucap yang baik-baik, ia pasti dapat membuatkan hati mereka berbunga-bunga kerana dipuji oleh suami atau isteri sendiri.

5. Buat pasangan rasa disayangi dan dirindui selalu

Bagaimana caranya untuk membuatkan suami atau isteri kita rasa dicintai dan dirindui? Dengan mengucapkannya secara ikhlas. Masyarakat kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.

“Faham-faham sendiri sajalah.” “Malu aih orang dengar. Kita ni dah tua”

Ini adalah antara sikap kita yang perlu ditukar. Ucapkanlah rasa sayang. Tunjukkan juga melalui perbuatan seperti memberinya hadiah atau buah tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.

6. Banyakkan berdoa untuk pasangan

Yang lebih penting, sentiasalah berdoa kepada Tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga. Tiada siapa yang dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain. 

Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita! Hanya Tuhan sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati, maka berdoalah selalu. Tuhan pasti kabulkan!'

7. Amalkan cara rumah tangga bahagia dan nikmati perkahwinan yang harmoni

Semua sikap romantis ini pasti dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kini, tiada lagi sebab mengapa pasangan anda perlu mencari cinta lain di luar sana. 

Ibu ayah pula bagaimana? Adakah anda ada tip peribadi bagi mengekalkan perkahwinan yang harmoni dan gembira? Mari berkongsi cerita di ruang komen ya!

Sumber: newsfanatic.net

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...