Baby Naail Telah Terima Suntikan Ubat Zolgensma Bernilai RM9.8 Juta



Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta semalam.\

Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.