Video Kontroversi.. Ini Hukuman Yang Diterima Inspektor Sheila

‘Inspektor Sheila’ yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota polis bawahan dan orang awam baru-baru ini sudah digantung tugas.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai.

Sebelum ini tular video Inspektor Sheila mengugut orang awam dan mempersenda pegawai rendah polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves

Inspektor Sheila juga dituduh mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah.

Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial apabila wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Shiela’ memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan.

Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.