Skip to main content

“Anak Saya Belum Kahwin, Saya Tidak Tahu Dia Mengandung 😥

TUMPAT: Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di sini, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut.

Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kebiruan dengan tali pusat sudah dipotong itu dipercayai dilahirkan pada jam 9.30 pagi Jumaat oleh remaja berusia 18 tahun tersebut.

Ibu remaja itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan terdengar suara tangisan bayi dan mendakwa ada individu membuang anak di belakang rumah.
 
Menurut pembantu kedai makan yang berasal dari Sungai Golok, Thailand itu, dia tidak terus pulang kerana sedang bekerja namun sekali lagi dihubungi anaknya sebelum meminta saudara pergi melihat keadaan.

“Saya pun turut bergegas balik dan sebaik sampai, saya melihat jiran sedang memangku seorang bayi.

“Saya terus bertanyakan anak, adakah bayi itu anaknya, namun dia menafikan,” katanya ketika ditemui di sini.

Ujar wanita itu, satu uri turut ditemui ditanam tidak jauh dari lokasi bayi ditemukan dan anaknya tetap enggan mengaku sebaliknya mendakwa lelehan darah yang kelihatan di betisnya kerana datang bulan.

Kata wanita berusia 37 tahun itu, anaknya baru tinggal bersamanya pada Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suaminya meninggal dunia akibat serangan strok.

“Anak saya belum berkahwin dan saya tidak tahu jika dia mengandung kerana badannya memang berisi.

“Cuma dia beritahu kurang sihat dan lapar ketika terjaga dari tidur pada jam 1 pagi tadi,” katanya.

Menurut wanita itu, sebelum keluar bekerja pada jam 4 pagi, dia sempat memasak untuk anaknya yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.

Tambah wanita yang sedang hamil enam bulan itu, dia menghubungi polis kerana buntu memikirkan perkara tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan dan akan menjalankan siasatan. -- Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...