Powered by Blogger.

Thursday, April 30, 2020

COVID-19: Kluster Terbesar Berkait Perhimpunan Di Gereja

COVID-19: Kes di HUS bukan berpunca daripada pengendalian pesakit ...
PUTRAJAYA: Kebanyakan kes kluster di Hospital Umum Sarawak berkait rapat dengan kluster terbesar di Kuching, iaitu kluster persidangan keagamaan di sebuah gereja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 29 kes atau 51.8 peratus dari keselruuhan kes itu dari kluster persidangan keagamaan berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Sehingga semalam, beliau berkata, seramai 2,003 individu dari kontak rapat sudah dikenal pasti susulan pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh kementerian dan seramai 1,950 anggota kesihatan negatif ujian pengesanan COVID-19. - Berita Harian Online