Skip to main content

Ramai Warga Kuala Lumpur Dikesan Langgar (PKP)

COVID-19: Ramai warga kota mula langgar PKP | Nasional | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ramai warga kota dikesan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai selepas kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran, semalam.

Tinjauan BH di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib, mendapati puluhan individu berkumpul tanpa menjaga jarak dan melepak di kawasan awam sambil bersembang serta berjalan-jalan.

Ketika menghampiri seorang lelaki di Lorong Haji Taib yang enggan dikenali, dia memberitahu kerajaan sudah memberi kebenaran kepada orang ramai, bergerak dalam radius 15 kilometer (KM) semalam.

"Sebelum ini, kita hanya boleh bergerak dalam lingkungan 10 KM tetapi semalam sudah boleh bergerak 15 KM.

"Jadi, saya berhubung dengan kawan untuk membeli makanan berbuka puasa di kawasan Chow Kit sambil bersembang tentang isu PKP ini," katanya ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang datang dari Sentul bagaimanapun hanya mendiamkan diri apabila diberitahu pergerakan hanya untuk membeli barang keperluan dan bukan untuk berkumpul dan bersembang.

Malah di beberapa lokasi juga, BH turut merakamkan suasana orang ramai berkumpul antara tiga hingga enam orang tanpa menjaga jarak.

Seakan-akan tiada ketakutan terhadap undang-undang yang PKP yang masih dikuatkuasakan hingga kini kecuali hanya membabitkan sektor perniagaan diberikan kebenaran oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mereka yang masih berdegil ini juga seolah-olah tidak bimbang dengan peningkatan jumlah individu yang direkodkan positif COVID-19 yang terjangkit dari kawasan Menara City One, Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Masjid India.

Untuk rekod kawasan Chow Kit hanya berjarak kurang satu kilometer dari kawasan Masjid India yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 7 April lalu.

Bagaimanapun, hampir keseluruhan premis perniagaan di kawasan Chow Kit didapati masih mematuhi PKP dengan tidak membuka premis perniagaan kecuali pasar raya, kedai makanan, farmasi dan kedai menjual ubat tradisional.

Sementara itu, tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati suasana PKP sama seperti situasi sebelum ini namun terdapat peningkatan jumlah individu membeli barang keperluan di kawasan berhampiran.

Sebagai contoh pasar raya di pusat beli-belah SOGO mencatatkan jumlah kehadiran pengunjung yang ramai berbanding sebelum ini.

Semasa tinjauan mendapati pihak pengurusan SOGO menetapkan pemeriksaan suhu badan dan menyembur sanitizer kepada pelanggan pasar raya berkenaan.

Mereka hanya dibenarkan memasuki pasar raya menerusi pintu belakang selepas pintu utama SOGO ditutup sejak PKP dilaksanakan di seluruh negara, 18 Mac lalu.

Malah, pengunjung juga mematuhi arahan ditetapkan dengan menjaga jarak sesama mereka. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...