Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, tangkapan itu dibuat ketika anggota polis dan tentera sedang membuat rondaan di lokasi berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
"Ketika rondaan dilakukan, suspek ditemui sedang cuba melepasi halangan yang dipasang pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di lokasi terbabit,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak menahan suspek itu kerana dia masih dalam proses kuarantin serta risiko kesihatan jangkitan.
"Bagaimanapun, siasatan tetap dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020," katanya. - Sinar Harian