Bayi Positif Covid-19 Selepas 18 Hari Dilahirkan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada satu kes seorang bayi yang baru dilahirkan oleh ibu yang juga pesakit positif COVID-19 juga dijangkiti penyakit sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi itu disahkan dijangkiti COVID-19 selepas 18 hari dilahirkan.


Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan bagaimana bayi berkenaan dijangkiti sama ada ia berlaku ketika dalam kandungan atau sebaliknya.

"Kita tak pasti (bila bayi itu mendapat jangkitan) mungkin berlaku ketika mengandung, tetapi kita tidak pasti.

"Tetapi apa yang kita dapati, dalam proses itu (kelahiran) tidak ada komplikasi berlaku," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.Berita Harian Online