Powered by Blogger.

Monday, April 27, 2020

Timbalan Menteri Kesihatan Dan EXCO Perak Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Saya mohon maaf, akui kekhilafan” - Timbalan Menteri Kesihatan ...
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Perak, Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber memberitahu kedua-dua mereka dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Gerik kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain ketika diminta mengesahkan perkara itu berkata: "Esok pagi boleh pergi ke Mahkamah Majistret Gerik."

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar Dr Noor Azmi dan Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika PKP sedang dilaksanakan.

Tindakan mereka berdua itu mengundang kecaman orang ramai yang meminta pihak berkuasa supaya tidak 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan.

Susulan kejadian itu, Dr Noor Azmi dan Razman mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas tindakan mereka selain mengakui kesilapan yang dilakukan. - Berita Harian Online