Skip to main content

Malaysia Tidak Iktiraf Pelarian Rohingya Walaupun Pegang kad (UNHCR)

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya walaupun mereka memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, sebaliknya kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

“Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,” katanya menerusi kenyataan berkenaan status pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Menurutnya, sehingga Mac 2020 terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.

Sementara itu, Hamzah berkata berdasarkan hasil semakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

Justeru katanya, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Oleh demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, KDN melalui jabatan dan agensinya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hamzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya dan empat kertas siasatan telah dibuka.

Selain itu, dua tekong warga Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk PATI yang memegang kad UNHCR ke dalam negara, katanya.

Merujuk tindakan pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan bot yang membawa etnik Rohingya memasuki kawasan perairan negara pada 17 April lalu, beliau menegaskan langkah itu adalah berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia telah mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari kawasan perairan negara.

Hamzah berkata tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

“KDN ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara,” katanya, menambah PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan supaya terus menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...