Powered by Blogger.

Friday, September 20, 2019

Zamani Slam Sah Bergelar Suami, Bawa isteri Tunai Umrah Bersama


Hanya dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, malam tadi (Jumaat).

Majlis pernikahan Zamani tersebut dikatakan telah dilangsungkan di Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan majlis serba sederhana tersebut dihadiri dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.


Zamani telah memberikan sebentuk sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan.

Selain itu Zamani turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.


Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.