Powered by Blogger.

Monday, September 23, 2019

Buang Bayi Baru Lahir Di Tandas Terminal Sentral 😭😭😭


KUANTAN: Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam lubang tandas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini, pagi tadi.

Mayat bayi bertali pusat dijumpai seorang seorang lelaki kira-kira kira-kira jam 9 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, menurut saksi ketika itu dia masuk ke tandas itu untuk membuang air.

"Saksi mendapati penutup mangkuk tandas dalam keadaan tertutup dan apabila saksi mengepam kelihatan air melimpah keluar serta berwarna merah (bercampur darah).

"Saksi memaklumkan kejadian kepada pekerja tukang cuci untuk membuat pemeriksaan. Tukang cuci membuat pemeriksaan mendapati tandas seperti tersumbat," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila tukang cuci cuba mengeluarkan objek yang tersumbat dengan dawai telah tertarik uri dan tali pusat bayi.

"Hasil pemeriksaan CCTV di tempat kejadian kelihatan seorang wanita memasuki tandas berkenaan pada jam 5.58 pagi bersama sebuah beg bagasi dan telah keluar dari tandas pada 6.30 pagi dengan memakai pakaian lain iaitu baju kurung," katanya.

Menurut beliau, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI