Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Kapten Nassim Bernaoui berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 orang wanita dan 28 kakitangan hospital dalam kejadian itu.
"Malangnya kita menyesali kematian lapan bayi kerana gagal diselamatkan akibat melacur tersedut asap kebakaran," katanya.
Bernaoui berkata, puluhan jentera telah dikerah mengawal kebakaran namun punca belum diketahui.
Perdana Menteri, Noureddine Bedoui telah mengarahkan siasatan dan menghantar Menteri Kesihatan, Mohamed Miraoui ke tempat kejadian.- Sinar Harian