Powered by Blogger.

Tuesday, September 24, 2019

Doktor Dan Jururawat Didakwa, Tersilap Gugur Janin Pesakit


SEOUL - Seorang doktor telah disiasat atas kesilapannya yang tersilap menggugurkan janin seorang pesakit yang datang hanya untuk mengambil suntikan kesihatan.

Menurut laporan CNN, doktor korea selatan tersebut telah disiasat selepas kejadian tersebut berlaku dipercayai akibat kecuaian jururawat dan doktor yang tidak memeriksa status pesakit sebelum melakukan prosedur pembedahan.

Polis Gangseo memberitahu carta pendaftaran perubatan di klinik itu disusun secara tidak teratur dan bercampur menyebabkan pihak klinik gagal mengenal pasti identiti pesakit dengan tepat.

Susulan kejadian, doktor dan jururawat bertugas telah ditahan untuk siasatan dan kes diusulkan ke pejabat pendakwa raya.

"Doktor dan jururawat telah mengakui kesalahan dan mereka kini didakwa atas kecuaian yang menyebabkan kemalangan nyawa," kata jurucakap polis.

Menurut agensi berita tempatan, pesakit itu sepatutnya menerima suntikan nutrisi pemakanan di klinik itu.

Namun, jururawat sebaliknya telah menyuntik mangsa dengan ubat bius tanpa mengesahkan identiti pesakit terlebih dahulu.

Malah, doktor bertugas juga melakukan prosedur pengguguran tanpa memeriksa daftar pesakit.

Pesakit dilaporkan tidak menyedari prosedur yang dijalankan ke atasnya.