Powered by Blogger.

Sunday, September 29, 2019

Video: Ibu Dan Anak Dikhuatiri Maut, Kereta Terjatuh Dari Feri


LIKONI: Seorang ibu dan anak kecilnya dikhuariti maut selepas kereta dinaiki mereka mengundur secara tidak sengaja dari atas sebuah feri di Kenya hingga terjunam ke dalam laut.

Rakaman video kejadian malang itu menunjukkan kereta tersebut tenggelam selepas terjatuh dari feri.

Lapor agensi berita Sky News, kemalangan berlaku ketika feri berkenaan membawa sebilangan penumpang dari bandar Likoni ke Pulau Mombasa.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan, namun sehingga kini, kereta dan mangsa masih belum ditemukan.

Keadaan cuaca yang gelap menyukarkan lagi operasi mencari dan menyelamat, kata pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan dua mangsa di dalam kenderaan tersebut ialah seorang wanita bersama anak kecilnya.

Perkhidmatan Feri Kenya, dalam satu kenyataan di akaun Facebook, mengesahkan kejadian dan berkata punca kemalangan masih dalam siasatan.