Skip to main content

Lelaki Malaysia Didakwa Bunuh Dan Cuba Bersetubuh Dengan Mayat Mangsanya


SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura menghadapi tiga pertuduhan membunuh, merompak, serta cubaan melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Boh Soon Ho, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di Mac 2016, di rumah mangsa, Zhang Huaxiang, jururawat warganegara China.

Selepas dibacakan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Singapura semalam, Boh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Menurut kenyataan pembukaan pihak pendakwaraya, Boh, telah memerhatikan mangsa selama tiga tahun, dan tidak dapat menahan perasaan cemburunya selepas mengetahui Zhang mempunyai kekasih.

Selepas gagal mengadakan hubungan intim dengan mangsa, Boh bertindak di luar kawalan dengan menjerut leher Zhang dengan tuala, sehingga mangsa mati akibat sesak nafas.

Boh kemudian menanggalkan pakaian mangsa, mengambil gambar, dan cuba mengadakan persetubuhan, namun hasratnya untuk melampiaskan nafsu di luar tabie itu tidak kesampaian kerana gagal mengekalkan ereksi.

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tertuduh mempunyai niat untuk menyembunyikan bukti jenayah dengan cubaan membungkus mayat mangsa dalam beg, namun gagal kerana badan Zhang telah mengeras.

Boh kemudian bertindak melarikan diri ke Malaysia, namun telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 April, tahun yang sama.

Jika didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, Boh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Kerana faktor usianya yang melebihi 50 tahun, tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman sebat.

Menurut undang-undang Singapura, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika cuba melakukan persetubuhan dengan mayat.

Bagi kesalahan mencuri pula, Boh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...