6 Gambar: 2 Ramaja Kantoi Pancing Awal Pagi


KUANTAN 31 OKT - Sekumpulan jemaah Masjid Al Falah berjaya memberkas dua remaja yang sedang memancing tabung masjid dalam Ops Pancing, awal pagi ini.

Jemaah Masjid Al-Falah yang terdiri daripada Ahli Kelab Jembara mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bermula Sabtu lalu, ekoran kejadian mencuri duit tabung masjid semakin menjadi-jadi.

Bulan lalu, sebuah tabung besi yang di welding pada tiang dipintu utama masuk ke masjid turut dilarikan.

Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja mencuri duit tabung duit malah melakukan perbuatan kianat dan terkutuk apabila lubang tabung dikencing...(bab ni menyerap darah Koi dan rakan-rakan sekalaigus bertekad memburu sampai dapat pelaku)

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh bedebok jatuh ketanah juga... Pada jam 12.55 pagi kelibat tiga remaja sedang memancing tabung bejaya dikesan menerusi intipan rapi.

Tepat 1.15 masjid dikepung kira-kira 10 orang jemaah...dua berjaya ditangkap manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri dari kepongan. Kedua remaja tersebut dari Kampung Kurnia. Manakala yang berjaya melarikan diri dari Permatang Badak.

Tindakan selanjutnya, jam 1.27 pagi, Polis IPD Kuantan dihubungi maklumkan dua remaja yang sedang mencuri duit tabung masjid telah ditahan.

Pada jam 1.37 pagi kedua remaja tersebut diserahkan kepada dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuantan untuk siasatan dan tindakan pihak polis berlandaskan undang-undang negara ini.

Moral of story.. Ibu bapa ambil peduli dengan gerak geri anak-anak supaya tidak terjebak dengan kes-kes jenayah dan penyalahan penggunaan dadah... Termasuk mengharamkan anak-anak bermain basikal lajak.