Powered by Blogger.

Wednesday, October 30, 2019

Polis Dedah Punca Kematian Guru Wanita Dalam Keadaan Bertelekung


ALOR SETAR - Polis Kedah mendedahkan tiada unsur jenayah dalam kematian guru wanita ditemui dalam keadaan tertiarap atas katil di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik, petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini mendedahkan punca kematian guru wanita itu disebabkan kegagalan arteri jantung.

"Tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang guru sekolah rendah, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang.

Kejadian disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah sebelum mennemui mangsa dalam keadaan kaku.

Sebelum ini media melaporkan seorang guru wanita berusia 30-an ditemui mati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, pada tengah hari Selasa.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas katil sebuah bilik dan masih memakai kain telekung.

Mangsa, Fauziah Yup, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibunuh.

Menurut Abdul Razak, sebelum kejadian iaitu sekitar jam 12 tengah hari, suami dan anak mangsa keluar meninggalkan mangsa seorang diri di rumah.

Jelasnya, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan tersebut.

Pada awalnya, suami mangsa menyangkakan isterinya sedang tidur. Bagaimanapun sebaik mengejutkan mangsa, suaminya mendapati tiada tindak balas dari isterinya lantas dia terkejut apabila dapati mangsa sudah tidak bernyawa.

Hasil siasatan awal terdapat kesan barangan berselerak dipercayai akibat digeledah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.