Skip to main content

Video Pergaduhan Tular 7 Remaja Perempuan Ditahan


LAHAD DATU: Tujuh pelajar perempuan dari dua kumpulan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di Padang Bandaran Lahad Datu, di sini semalam, dengan rakaman video kejadian itu turut tular di laman sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang mangsa yang juga pelajar berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata hasil siasatan mendapati mangsa bersama beberapa rakannya dari Kampung Panji bertemu sekumpulan remaja perempuan dari Kampung Pisang.

“Perjumpaan itu bertujuan untuk membincangkan perselisihan faham antara mereka yang berpunca berkaitan isu tempat tinggal mereka.

“Bagaimanapun, kumpulan remaja dari Kampung Pisang mula mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa dan kumpulannya yang dikatakan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan selalu mendaftar masuk ke hotel.

“Penghinaan itu menyebabkan kumpulan remaja dari Kampung Panji tidak berpuas hati dan mengajak remaja dari Kampung Pisang bertemu di lokasi kejadian untuk menyelesaikan pemasalahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nasri berkata, ketika perbincangan diadakan, berlaku pertengkaran mulut yang akhirnya mencetuskan pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan.

“Kejadian pergaduhan ini turut dirakam dan tular di laman sosial. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

Susulan laporan polis dibuat, katanya, tujuh remaja masing-masing dari Kampung Panji dan Kampung Pisang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kesemua remaja itu adalah warga tempatan dan masih bersekolah. Kes masih ddisiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 25 saat tular di Facebook memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan remaja perempuan dipercayai berlaku di Padang Bandaran Lahad Datu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...